
Memiliki Aset & Tunai Pada Masa Yang Sama - Jika Guna Strategi Betul
Mengenai Kami
Di AP Hartanah Consultancy, kami percaya bahawa hartanah bukan sekadar aset, tetapi satu strategi untuk membina kestabilan dan peluang kewangan. Ramai orang memiliki hartanah, tetapi tidak semua tahu bagaimana untuk memaksimumkan nilainya. Di sinilah peranan kami - membantu anda memahami potensi sebenar hartanah yang anda akan miliki.
Dengan pengalaman 15-tahun dalam pasaran hartanah dan pemahaman terhadap struktur pembiayaan bank, kami membimbing klien untuk membuat keputusan yang lebih tepat, terancang dan berasaskan strategi. Pendekatan kami bukan sekadar menjual, tetapi memberi panduan yang jelas supaya setiap langkah yang diambil membawa kepada hasil yang nyata.
Matlamat kami adalah untuk membantu lebih ramai individu menukar hartanah kepada satu alat yang mampu menjana aliran tunai, mengukuhkan kedudukan kewangan, dan membuka lebih banyak peluang pada masa hadapan.

Jenis
Perkhidmatan
Pemilik Bisnes
Untuk usahawan yang telah menjalankan perniagaan lebih dari 2 tahun, kami membantu merancang struktur pembiayaan berdasarkan aliran tunai dan dokumen kewangan. Ini membolehkan anda mendapatkan pembiayaan yang lebih sesuai untuk mengembangkan perniagaan atau memperkukuhkan kedudukan kewangan.
Penstrukturan Semula Kewangan
Jika anda menghadapi komitmen bulanan yang tinggi, kami membantu menyusun semula struktur kewangan anda supaya lebih terkawal. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan tekanan kewangan dan membuka ruang untuk aliran tunai yang lebih sihat.

Kenapa Kami Pilihan Anda
Kepakaran Mendalam Dalam Industri
Kami memahami pasaran hartanah dan struktur pembiayaan bank secara menyeluruh - bukan hanya dari sudut jual beli, tetapi bagaimana ia memberi kesan kepada kedudukan kewangan anda. Pendekatan kami berasaskan strategi, bukan sekadar cadangan umum.
1000+ analisis kes kewangan & hartanah telah dikendalikan
Disokong oleh pengalaman sebenar pelbagai profil klien di pasaran Malaysia
Pengalaman Bertahun Dalam Industri
Pengalaman kami dalam mengendalikan pelbagai situasi kewangan membolehkan kami memahami cabaran sebenar yang dihadapi oleh pembeli dan pelabur. Setiap kes memerlukan pendekatan berbeza, dan kami fokus kepada solusi yang praktikal serta boleh dilaksanakan.
15-tahun pengalaman dalam pembiayaan hartanah & strategi kewangan
Dibina melalui penglibatan langsung dalam kes sebenar, bukan teori semata-mata
Pasaran hartanah dan polisi bank sentiasa berubah. Pasukan penyelidikan dalaman kami sentiasa menilai trend semasa, peluang pasaran dan garis panduan pembiayaan supaya setiap cadangan adalah relevan dan berasaskan data terkini.
Analisis berterusan terhadap pasaran & polisi pembiayaan bank
Setiap cadangan disandarkan kepada data semasa, bukan andaian
Pasukan Penyelidikan Dalaman
Testimoni

“Komitmen saya sebelum ni agak tinggi, susah nak lulus loan. Mereka bantu susun semula dan cadangkan solution yang sesuai.”
- Faizal, 32

“Before ni saya memang blur pasal loan dan hartanah. Mereka explain step by step sampai saya betul-betul faham. Rasa lebih yakin nak proceed.”
- Izuddin, 30

“Saya tak sangka hartanah yang saya dapat boleh bantu keluarkan tunai. Mereka susun semuanya dengan jelas dan proses sangat lancar.”
- Hafiz, 35

“Mereka bukan sekadar jual rumah, mereka betul-betul bagi strategi ikut situasi kewangan saya. Itu yang buat saya pilih mereka.”
- Yusof, 28

“Sebagai owner bisnes, memang susah nak dapat pembiayaan. Tapi mereka tahu cara nak handle dan guide dari awal sampai lulus.”
- Md Syed, 29
Soalan Lazim:
1. Apakah jenis pembiayaan yang anda boleh bantu?
Kami membantu dalam pelbagai jenis pembiayaan termasuk pembiayaan rumah menerusi LPPSA, SJKP atau dari bank-bank tempatan, pinjaman peribadi bank, serta pembiayaan perniagaan (SME). Sebagai perunding pembiayaan panel bank di Malaysia, kami akan membandingkan pelbagai pilihan daripada bank yang berbeza dan mencadangkan penyelesaian yang paling sesuai berdasarkan profil kewangan, bajet, tempoh pembiayaan dan tujuan anda.
2. Bagaimanakah proses perundingan pembiayaan anda dijalankan?
Kami memulakan proses dengan semakan CCRIS/CTOS serta penilaian dokumen untuk menganalisis profil kewangan anda. Seterusnya, kami akan memahami keperluan anda dan mengenal pasti sebarang isu yang perlu diselesaikan. Selepas itu, kami akan menyenarai bank yang sesuai dan menguruskan penghantaran permohonan anda. Setelah kelulusan diperoleh, kami akan membandingkan kadar faedah, yuran, tempoh lock-in serta ansuran bulanan sebelum membimbing anda melalui proses tandatangan dan pengeluaran dana.
3. Bolehkah anda membantu jika rekod kredit yang lemah atau komitmen hutang yang tinggi?
Ya, kami boleh membantu. Jika anda mempunyai rekod kredit yang kurang baik, kami akan merancang langkah untuk menyelesaikan isu sedia ada, memperbaiki skor kredit serta menyusun semula nisbah khidmat hutang (DSR) sebelum permohonan dibuat. Sekiranya anda mempunyai pelbagai komitmen seperti kad kredit atau pinjaman berkadar faedah tinggi, kami juga boleh menilai pilihan untuk menggabungkan (consolidate) kepada satu pembiayaan dengan kadar yang lebih rendah, Ini dapat membantu mengurangkan komitmen bulanan serta menstabilkan aliran tunai, tertakluk kepada penilaian dan polisi setiap bank.
4. Bagaimanakah anda membantu saya mendapatkan kadar faedah yang lebih baik untuk pinjaman?
Kami akan menghantar permohonan anda kepada bank yang paling sesuai berdasarkan profil pendapatan dan pekerjaan anda, bagi meningkatkan peluang kelulusan. Seterusnya, kami membantu menyusun dokumen dengan lebih teratur, mengoptimumkan komitmen kewangan jika perlu, serta mencadangkan tempoh pembiayaan yang sesuai supaya profil anda lebih kukuh. Apabila tawaran diterima, kami akan membuat perbandingan secara menyeluruh — termasuk kadar faedah, kos keseluruhan, yuran serta ansuran bulanan — supaya anda dapat memilih pembiayaan yang paling menjimatkan secara keseluruhan, bukan sekadar kadar yang kelihatan rendah pada permukaan.
5. Berapakah jumlah pembiayaan yang saya layak dan apakah faktor yang menentukannya?
Jumlah pembiayaan yang boleh diluluskan bergantung terutamanya kepada pendapatan anda serta nisbah khidmat hutang (DSR), iaitu jumlah komitmen bulanan sedia ada. Pihak bank juga akan menilai rekod pembayaran, kestabilan pekerjaan atau perniagaan, serta faktor lain yang berkaitan. Bagi pembiayaan perumahan, nilai hartanah turut memainkan peranan dalam menentukan jumlah pinjaman. Secara ringkas, profil kewangan yang lebih teratur, rekod kredit yang baik dan komitmen bulanan yang terkawal biasanya membolehkan anda mendapatkan jumlah pembiayaan yang lebih tinggi serta kadar yang lebih kompetitif.
Hubungi Kami
Alamat:
PJ Commercial Centre, 47300
Petaling Jaya, Selangor.
Talian Perkhidmatan:
019-553 3610
